Apa Itu IVF Dan Kenapa Anda Perlu Tips Ivf Berjaya Di Malaysia?

Adakah anda sedang mencari kaedah yang boleh menyelesaikan masalah ketidaksuburan? Oleh itu, anda perlu tahu tentang IVF yang boleh membantu kesuburan.

Apa itu IVF? IVF (vitro fertilization) ialah persenyawaan In Vitro, anda mungkin pernah dengar tentang “bayi tabung uji”. Bayi tabung uji merupakan satu teknologi bantuan reproduktif bagi membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan.

Proses dalam rawatan kesuburan bermula dengan merangsang ovari untuk menghasil folikel yang banyak. Secara ringkasnya, prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio.

rawatan kesuburan

Perkembangan embrio selepas persenyawaan akan diperhatikan sehingga embrio dimasukkan ke dalam rahim ibu dengan menggunakan kateter halus melalui vagina. Kenapa ada orang boleh berjaya tetapi ada orang tak boleh pula selepas pengalaman ivf?

Berikut adalah tips ivf yang boleh menaikkan peluang kesuburan anda.

1. Hendaklah Menerima Rawatan Ini Secepat Mungkin!

Faktor utama yang menyebabkan proses IVF berjaya dan kadar kelahiran di kalangan pesakit IVF adalah bergantung umur ibu dan bapa. Lebih muda usia anda dan suami anda, lebih tinggilah peluang anda untuk berjaya. Umur yang optima untuk menjalani rawatan ini adalah pada umur 23 hingga 42 tahun.

Selain itu, peluang anda untuk berjaya juga meningkat jika anda pernah hamil dan pernah melahirkan bayi sebelum ini. Secara khususnya, kadar kehamilan adalah 66% daripada semua kitaran dan 60% daripada kitaran menghasilkan kelahiran hidup untuk ibu yang berusia bawah umur 35 tahun.

2. Mencapai Berat Badan Yang Sihat Bagi Ketinggian Anda 

Mencapai BMI yang ideal dapat menaikkan peluang untuk berjaya. Mencapai berat badan yang sihat bagi ketinggian adalah mencapai BMI antara 19 dan 30. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengamalkan “keseimbangan, kesederhanaan, dan kepelbagaian”. Makan secukupnya karbohidrat dan makan banyak bagi sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, rawatan kesuburan amat perlu makanan yang mengandung protein yang tinggi seperti telur, kacang almond, dada ayam, susu dan ikan.

 klinik kesuburan

 

Cuba untuk mengelakkan makanan manis dan merancang lebih awal tentang apa makanan yang perlu makan 3 bulan sebelum penerimaan rawatan. 

3. Membuat Perbandingan Antara Klinik Dan Hospital

Harga ivf di Malaysia bukan sangat mahal tetapi anda boleh membuat perbandingan antara klinik dan hospital untuk dapatkan harga yang lebih murah.

Selain itu, pasangan juga perlu tahu mengenai kos keseluruhan rawatan keseluruhan IVF antara RM9,000 hingga RM20,000 di klinik IVFKu.

4. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan tekanan perasaan ataupun kemurungan kerana ini akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan seterusnya menjejaskan kualiti sperma dan telur. Anda boleh dengar muzik, cuba ketawa dengan emosi yang gembira dan membuat senaman yang ringan. 

5. Mengurangkan Pengambilan Kafein Dan Menghentikan Pengambilan Alkohol Dan Rokok 

Daripada kopi atau minuman tenaga, anda boleh cuba teh hijau. Ia mempunyai kurang daripada separuh kafein kopi dan mengandungi antioksidan yang sihat, serta theanine, asid amino yang mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf.

Merokok menurunkan kadar kejayaan IVF! Selain itu, minuman keras akan mengurangkan keberkesanan IVF juga. Oleh itu, banyak klinik rawatan kesuburan akan mencadangkan anda dan pasangan ada menghentikan pengambilan alkohol dan rokok 3 bulan sebelum rawatan IVF.

6. Membincang Secara Terbuka Dengan Doktor Anda

Anda boleh menanya soalan dengan doktor anda. Yang paling penting, Ketahui apa yang akan dijangkakan semasa proses rawatan IVF di Malaysia. Anda hendaklah faham apa yang boleh buat dan apa yang tidak untuk menjaga diri semasa rawatan IVF. Catat semuanya terutamanya arahan tentang perubatan anda. 

rawatan ivfSebaik sahaja anda memahami lebih lanjut mengenai bagaimana prosedur IVF, anda boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kesuburan yang berjaya.